CALIFORNIA – Waris kepada para penumpang yang maut akibat nahas udara Boeing 737 Max dijangka menerima kira-kira AS$144,500 (£ 116,200) setiap seorang daripada syarikat itu.
Wang itu adalah dana bantuan kewangan berjumlah AS$ 50 juta, yang diumumkan Boeing pada bulan Julai.
Dana itu telah mula menerima tuntutan, yang mesti dikemukakan sebelum tahun 2020.
Peguam-peguam untuk keluarga mangsa, yang kebanyakannya memfailkan saman ke atas Boeing telah menolak pengagihan dana itu yang disifatkan sebagai publisiti.
“Wang sebanyak AS$114,000 tidak sewajarnya dijadikan pampasan kepada mana-mana keluarga,” kata Nomaan Husain, seorang peguam yang mewakili 15 keluarga.
Pesawat Boeing 737 Max telah digantung daripada beroperasi sejak Mac, selepas kemalangan maut di Indonesia dan Ethiopia, yang mengorbankan lebih daripada 340 orang.
Boeing pada Julai menjanjikan dana sebanyak AS$ 100 juta untuk diberikan kepada keluarga dan masyarakat yang terjejas akibat kemalangan itu.
Separuh daripada dana itu akan diperuntukan kepada keluarga dan sebahagiannya untuk program pembangunan dan pendidikan bagi komuniti yang terjejas.
Robert A Clifford, penasihat utama untuk tuntutan 302 bagi syarikat Ethiopia Airlines berkata, kekurangan terperinci pada masa pengumuman awal yang dicadangkan Boeing melihatnya sebagai satu cara untuk mengalihkan perhatian dari soalan-soalan keselamatan.
Dalam satu kenyataan, Ketua Eksekutif Boeing, Dennis Muilenberg dana untuk tuntutan keluarga itu sebagai “langkah penting” dalam usaha firma tersebut membantu keluarga mangsa-mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan Boeing 737 Max 8.
Penyertaan waris dalam dana adalah sukarela.
Keluarga yang mengemukakan tuntutan tidak perlu mengetepikan hak mereka untuk memfailkan tindakan undang-undang yang berasingan terhadap firma tersebut, kata Kenneth R Feinberg, pentadbir untuk bantuan kewangan. – MalaysiaGazette