Home Sukan Hamilton optimis pertahan kejuaraan, Ferrari semakin agresif

Hamilton optimis pertahan kejuaraan, Ferrari semakin agresif

Lewis Hamilton. foto HAZROL ZAINAL, 24 SEPTEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Pelumba Formula Satu (F1) pasukan Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton yakin mampu mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya pada musim lalu.

Berbaki tujuh perlumbaan, Hamilton kini menduduki tempat pertama dalam kategori pemandu dengan memungut 296 mata diikuti rakan sepasukannya, Valtteri Bottas (231 mata) dan Charles Leclerc dan Max Versteppan (masing-masing memungut 200 mata).

Walaupun mendominasi perlumaan pada awal musim, kini Ferarri mula bangkin dengan memenangi tiga perlumbaan terakhir di Belgium, Itali dan Singapura.

Menurut Hamilton, walaupun menerima saingan sengit daripada Ferrari pasukannya bekerja keras untuk beliau mempertahankan kejuaraan kali keenam.

“Tiada keraguan lagi saya menjuarai gelaran dunia keenam dan saya akan terus memberikan aksi cemerlang tapi ia juga melibatkan kerjasama satu pasukan dengan menyusun strategi pada pusingan kelayakan dan sebagainya.

“Sejujurnya kami menghadapi menghadapi musim yang begitu mendebarkan, lapan kali kami menang perlumbaan musim ini tetapi untuk mendapatkan kemenangan kesembilan memang sukar dan mencabar.

“Tiada yang mudah dan Ferrari memang telah memberi saingan yang sengit sehingga saya tak tahu apa mereka telah lakukan sebenarnya kepada jentera mereka dalam beberapa bulan lalu yang makin agresif atas litar ketika ini,” katanya pada sesi pertemuan bersama media di Menara Berkembar Petronas hari ini.

Terdahulu Hamilton hadir pada majlis pelancaran minyak pelincir terbaharu Petronas Syntium yang turut dihadiri Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Datuk Seri Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Hadir pada majlis, Ketua Pegawai Teknologi Kumpulan Petronas Lubricants Internasional, Eric Holthusen dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Lubricants International, Giuseppe D’Arrigo.

Pada perlumbaan GP Singapura yang dimenangi pelumba Ferrari, Sebastian Vettel pada Ahad lalu, Hamilton sekadar menduduki tempat keempat.

“Saya perlu optimumkan ruang dan peluang yang ada untuk menidakkan saingan sengit Ferrari dengan terus kekal bersaing pada prestasi tinggi mengejar pasukan Scuderia itu.

“Saya tak meragui keupayaan dan peluang merangkul gelaran dunia kali ini tetapi dengan segala usaha nanti saya percaya pada akhirnya saya di sana (juara dunia keenam),” katanya.

Ditanya bagaimana dia dapat menahan tekanan dan kekal tenang, Hamilton berkata:”Semua sukan mempunyai tekanan, bola sepak dan sebagainya.

Namun tidak semua orang boleh buat apa yang saya buat (pada perlumbaan), Kalau terlalu tertekan saya tak fikirkannya dan hanya fokus dan tidak mahu kecewakan pasukan saya,” ujarnya. – MalaysiaGazette