HANOI – Jurulatih bola sepak Vietnam, Park Hang Seo, yakin pasukan Malaysia berada dalam keadaan semakin baik kebelangkangan ini, dan nasib perlu menyebelahi pasukannya pada perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan dalam kelayakan Piala Dunia 2020 akan datang.
Vietnam akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan kedua pusingan kelayakan pada 10 Oktober di Hanoi, lapor agensi berita VNA.
Tuan rumah mempunyai kelebihan satu mata selepas seri dalam perlawanan pembukaan dengan Thailand bulan ini dan menduduki tempat keempat dari lima pasukan dalam Kumpulan G. Malaysia pula menang satu perlawanan dan satu lagi tewas.
Ia akan menjadi pertembungan pertama antara kedua-dua pasukan sejak Vietnam menundukkan Malaysia 3-2 di final Piala AFF Disember lalu.
Park dan pembantunya yang menyaksikan perlawanan pasukan Malaysia baru-baru ini, bersetuju pasukan ini lebih kuat berbanding sebelum ini.
“Saya melihat beberapa perubahan dalam pasukan itu dan mengakui barisan hadapan mereka semakin tajam, lebih baik berbanding Piala AFF yang lalu.”
Sebagai persediaan katanya, selain mula berlatih pada Isnin beliau turut menampilkan empat muka baharu. – Bernama