TERKINI : Masalah Rakyat Tanggungjawab Semua Parti – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) mempertimbangkan semula ukuran baharu kadar kemiskinan di negara ini.

Menurut beliau, perkara itu penting kerana tiba masanya untuk meletakkan kadar lebih tinggi untuk takrifan kemiskinan di dalam negara.