Home Ekonomi Indeks Harga Pengguna Ogos naik 1.5%

Indeks Harga Pengguna Ogos naik 1.5%

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 1.5 peratus pada Ogos 2019 kepada 121.8 berbanding 120.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Kenaikan indeks keseluruhan ini adalah didorong oleh kenaikan indeks Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (3.2%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (2.6%), Minuman Alkohol & Tembakau (2.5%), Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.5%), Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan (2.3%) dan Komunikasi (2.2%), kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Bagi perbandingan bulanan, IHP menunjukkan peningkatan sebanyak 0.2 peratus berbanding bulan Julai 2019. Ia telah disokong terutamanya oleh Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (0.5%), Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (0.5%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (0.2%), Kesihatan (0.2%) dan Restoran & Hotel (0.2%).

Sementara itu, IHP bagi tempoh Januari – Ogos 2019 mencatatkan peningkatan sebanyak 0.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. – MalaysiaGazette