PUTRAJAYA – Hasil keputusan forensik Jabatan Kimia membuat kesimpulan kematian seramai 12 Orang Asli suku Batek Kuala Koh, Gua Musang Kelantan baru-baru ini disebabkan demam campak.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad menegaskan, melalui rumusan sekaligus menolak dakwaan awal kematian kontroversi sekumpulan Orang Asli itu berpunca daripada keracunan akibat pencemaran sungai.