Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diingatkan tidak menindas dan membuli usahawan Melayu lebih-lebih lagi yang telah menyumbang kepada projek pembangunan ibu kota.
Penolong Pengurus Seagate Global Trading Sdn Bhd, Zaidzul Akmar Norjali berkata, pihaknya ditindas apabila bayaran projek pembekalan bahan binaan bagi pembangunan semula Bulatan Dato’ Onn masih tertunggak sejak 2016.