KUALA LUMPUR – Kadar penyertaan tenaga buruh pada Februari 2017 adalah 67.8 peratus, naik 0.1 mata peratus berbanding bulan sebelumnya.
Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan kadar penyertaan tenaga buruh pada Februari 2017 naik 0.2 mata peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Kadar pengangguran pada bulan Februari 2017 adalah sama seperti Januari iaitu 3.5 peratus.
Menurutnya, seramai 32.2 peratus atau 7.09 juta daripada penduduk umur bekerja (15-64 tahun) berada di luar tenaga buruh iaitu suri rumah, pelajar, pesara, hilang upaya dan tidak minat bekerja. – MalaysiaGazette