TERKINI : PAS Kini Sifat Agama Sempit dan Anti Bukan Islam-Melayu – Dr. Syed Husin Ali

KUALA LUMPUR – Perjuangan Pas sudah tidak sama seperti perjuangan bekas Presidennya, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, demikan menurut rakan seperjuangan Allayarham, Dr Syed Husin Syed Ali.

Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuma mengamalkan pegangan Islam sempit, malah tidak memperjuangkan prinsip nasionalis.