Home Dunia 2 terbunuh selepas rollercoaster terbabas

2 terbunuh selepas rollercoaster terbabas

Pihak berkuasa sedang membantu membawa keluar mangsa-mangsa yang terlibat dalam nahas rollercoaster di sebuah taman tema di Mexico City. foto Agensi

MEXICO CITY – Sekurang-kurangnya dua terbunuh selepas rollercoaster yang dinaiki tergelincir di bandar ini.

Manakala dua lagi cedera parah di kepala dalam insiden yang berlaku di taman tema La Feria Chapultepec.

Dua mangsa yang meninggal dunia itu dikatakan terlepas daripada palang besi pada kenderaan yang dinaiki.

Saksi-saksi memberitahu, mangsa-mangsa yang menaiki rollercoaster Quimera itu jatuh adalah dari kereta yang terakhir.

Media melaporkan bahawa rollercoaster Quimera adalah kira-kira satu kilometer panjang dan mempunyai 3 gelung menegak.

Sejurus kejadian itu, taman tema berkenaan ditutup.

Pihak berkuasa pula sedang menyiasat punca nahas.

“Siasatan kini berada di tangan pendakwa raya dan mereka akan mengambil tindakan yang perlu untuk siasatan ini,” kata Miriam Urzua, seorang pegawai dari organisasi perlindungan awam.

Katanya, siasatan akan mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku dan siapa yang bertanggungjawab.

Seorang saksi, Rosalba Rodriguez memberitahu, tidak ada yang luar biasa tentang permainan itu, yang telah menamatkan beberapa gelongsoran, kecuali secara tiba-tiba kereta terakhir terjatuh.

Taman tema itu melahirkan rasa kesal dengan tragedi itu dan akan bersama-sama menyiasat.

Malah, ia berjanji akan berkongsi hasil siasatan yang dijalankan. – MalaysiaGazette