MILAN – Alexis Sanchez menjaringkan gol sebelum dibuang padang dalam penampilan pertamanya bersama Inter Milan.
Bagaimanapun kelab itu berjaya mengekalkan rekod menang 100 peratus dalam Serie A apabila menewaskan Sampdoria malam tadi.
Sanchez yang dipinjamkan dari Manchester United menjaringkan gol pada babak pertama
Bagaimanapun, bintang Chile itu menerima kad kuning kedua di awal separuh masa kedua atas alasan sengaja direbahkan diri atas padang di gawang lawan.
Jakub Jankto membuka jaringan untuk Sampdoria sebelum gol ketiga skuad kendalian Antonio Conte hadir menerusi Gagliardini pada minit ke-61.
Dengan keputusan 3-1 di tempat pelawat itu, Milan kembali ke puncak carta Serie A manakala Juventus di tangga kedua.-MalaysiaGazette