Home Dunia Stesen keretapi laju Arab Saudi terbakar

Stesen keretapi laju Arab Saudi terbakar

RIYADH – Sebuah stesen keretapi laju baharu di Jeddah, Arab Saudi mengalami kebakaran besar hari ini.

Video yang disiarkan di laman sosial menunjukkan asap hitam berkepul-kepul keluar dari stesen keretapi Haramain dan helikopter terbang berlegar-legar di lokasi kejadian.

Jabatan Pertahanan Awam berkata, tiada laporan kematian dan anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran. Rakaman video dalam talian menunjukkan hampir 12 orang berada di atas bumbung stesen itu, lapor DW.

Setakat ini tidak diketahui punca kebakaran.

Projek Keretapi Haramain yang menghubungkan Mekah dan Madinah yang menggunakan keretapi elektrik dengan kelajuan mencecah 300 kilometer sejam yang dilancarkan pada September lalu itu menelan belanja sebanyak AS$7.3 bilion.

Para pegawai menyifatkan laluan sepanjang 450 kilometer itu merepakan projek keretapi elektrik berkelajuan tinggi terbesar di Timur Tengah.

Projek tersebut selari dengan program pembaharuan Misi 2030 dengan sasaran mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dan mewujudkan peluang keperjaan di negara yang mempunyai gongan muda yang ramai. – Agensi