ANKARA – Pesawat pejuang Turki bertindak membedil dron dari Syria yang melanggar ruang udara Turki enam kali.
Kementerian pertahanan berkata, ‘kewarganegaraan’ dron itu belum dapat dipastikan lagi.
Dalam kenyataannya, kementerian itu berkata, dua jet pejuang F-16 telah mengesan dron berkenaan selepas pelanggaran berulang ruang udara Turki, yang berlaku pada hari Sabtu. – MalaysiaGazette