Home Nasional 1MDB: Shahrol dakwa Najib lulus pinjaman RM6.17 billion

1MDB: Shahrol dakwa Najib lulus pinjaman RM6.17 billion

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi

KUALA LUMPUR – Perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masuk hari ke-15 akan terus menyaksikan saksi kesembilan, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi terus memberikan keterangan melibatkan penyewelengan dana bernilai RM2.3 bilion oleh bekas Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan juga berhadapan dengan 21 pertuduhan penggubahan wang dan salah guna kuasa menggunakan dana 1MDB.

Shahrol yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) yang kemudian dijenamakan kepada 1MDB hari ini memberitahu mahkamah Najib pernah meluluskan cadangan pinjaman jangka masa pendek berjumlah RM6.17 bilion

Selain itu,  nota 10 tahun bernilai AS$10 bilion dalam pengambilalihan Tanjong Energy Holdings Sdn. Bhd. (TEHSB) juga diluluskan.

Shahrol ketika membacakan penyataan saksi berkata, kelulusan itu berdasarkan Akta Jaminan (Pertubuhan Perbadanan 1965) dan dikeluarkan selepas mendapat kebenaran daripada Ahli Lembaga 1MDB.

Juga pemegang saham syarikat tersebut iaitu Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) yang pada masa itu juga dipegang oleh Najib sendiri, bagaimanapun Shahrol tidak begitu pasti seandainya Najib telah melalui proses kelulusan yang sepatutnya.

“Saya tidak pasti sama ada terbitan bon ini ada melalui proses yang sepatutnya di Kementerian Kewangan atau tidak sehingga kelulusan diberikan oleh Najib atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan.

“Dalam penerbitan Bon 2012, saya mengesahkan bahawa 1MDB ada mendapat kelulusan bertulis dari Menteri Kewangan.

“Jasmine Loo yang terlibat dalam proses mendapatkan tandatangan Najib pada masa tersebut bagaimanapun saya tidak terlibat dalam urusan dengan bahagian pinjaman Kementerian Kewangan untuk mendapatkan kelulusan tersebut,” katanya lagi.

Perbicaraan tersebut didengar di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah ketika ini masih lagi berjalan. –MalaysiaGazette