MANCHESTER – United Kingdom akan meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Oktober, diharapkan dengan perjanjian, kata Menteri Kewangannya, Sajid Javid.
“Semoga kami meninggalkan EU dengan perjanjian,” kata Javid kepada ITV.
Namun, katanya, sekiranya perjanjian tidak dapat dilaksanakan, Briain akan tetap meninggalkan kesatuan itu dalam apa jua keadaan dengan keluar tanpa kesepakatan.
“Ia tidak sempurna ia adalah sesuai untuk kami keluar pada 31 Oktoberi ini,” katanya.
Javid berulang kali menolak untuk menyatakan bagaimana kerajaan dapat melaksanakan Brexit jika tidak ada perjanjian mengikut undang-undang yang menuntut Perdana Menteri menunda Brexit dalam senario sedemikian.
“Perundangan yang telah diluluskan oleh Parlimen telah menjadikan perkara-perkara yang lebih sukar, tetapi kita jelas dasar kita sendiri tidak berubah, kita akan meninggalkan EU pada 31,” kata Javid. – MalaysiaGazette