KUALA LUMPUR – Tidak ada seorang pun dalam negara ini boleh menyalahgunakan kebebasan bersuara sehingga secara bebas mengatakan apa sahaja.
Menurut Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin, peluang dan kebebasan yang diberikan itu sepatutnya digunakan secara baik khususnya di media sosial kerana medium itu sering disalahgunakan.
“Media sosial di Malaysia disalahgunakan untuk bercakap. Kita harus terima bahawa kebebasan bersuara bukanlah dan tidak mungkin menjadi mutlak.
“Tidak ada seorang pun dengan mudah boleh mengatakan apa sahaja yang dia mahu. Itu bukan demokrasi, itu anarki,” katanya ketika berucap di Majlis Konsultasi Pakar Nasional (NEC) mengenai Kebebasan Bersuara dan Ucapan Benci di sini hari ini.
Sekalipun individu tertentu menggunakan media sosial untuk meluahkan pendapat secara berhemah namun tambah Kadir, respon yang akan diterima majoriti itu biasanya disuarakan secara negatif.
“Dalam yang menyuarakan dengan baik di media sosial akan menerima respon yang negatif,” tambahnya lagi.
Secara kesimpulan, katanya, ia bukan bergantung dengan didikan menggunakan media sosial dengan sebaiknya wartawan veteran itu berkata, tulisan perkongsian atau pandangan di media sosial berdasarkan cara pemikiran setiap individu. – MalaysiaGazette