Home Dunia Meghan saman akhbar Mail

Meghan saman akhbar Mail

Harry
Pasangan diraja Putera Harry dan Meghan Markle. foto Agensi

LONDON – Meghan Markle, Duchess of Sussex telah memulakan tindakan saman terhadap Mail yang didakwa mendedahkan salah satu surat pribadinya.

Dalam satu kenyataan, Putera Harry berkata, beliau dan Meghan terpaksa mengambil tindakan terhadap “propaganda tanpa henti” itu.

Putera Harry berkata: “Saya kehilangan ibu saya dan sekarang saya melihat isteri saya menjadi mangsa kepada kuasa yang sama.”

Jurucakap Mail berkata, akhbar itu berpegang teguh kepada berita yang diterbitkan dan akan mempertahankan kes itu dengan “bersungguh-sungguh”.

Schillings firma undang-undang, yang bertindak mewakili Meghan mendakwa akhbar berkenaan memaparkan berita palsu dan merendah-rendahkan kisah yang didedahkan.

Firma tersebut telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi dengan mendakwa akhbar berkenaan dan syarikat induknya telah menyalahgunakan maklumat peribadi, pelanggaran hak cipta dan Akta Perlindungan Data 2018.

Dalam pernyataan peribadi yang panjang mengenai laman web rasmi Duke dan Duchess of Sussex, Putera Harry berkata, kesan “menyakitkan” liputan media yang mengganggu telah mendorong pasangan itu mengambil tindakan.

Merujuk kepada ibunya, Puteri Diana, Putera Harry berkata “sejarah ketakutan yang mendalam telah berulang semula”.

“Saya telah melihat apa yang berlaku apabila seseorang yang saya sayangi dijadikan objek sehingga mereka tidak lagi diperlakukan atau dilihat sebagai individu sebenar,” katanya.

Kenyataan Putera Harry itu “sangat lantang” dan “serangan yang menyengat ke atas akhbar tabloid British”.

Ini bukan kali pertama kerabat diraja mengambil tindakan undang-undang ke atas media.

Pada tahun 2017, Putera William dan isterinya telah dianugerahkan sebanyak 100,000 euro sebagai ganti rugi selepas majalah Perancis, Closer mencetak gambar Kate Middleton dalam keadaan kurang sopan pada tahun 2012.

Mahkamah Perancis menyatakan Closer telah menceroboh privasi pasangan itu. – MalaysiaGazette