HELSINKI – Seorang penuntut lelaki bersenjatakan pedang membunuh seorang wanita dan mencederakan sembilan yang lain dalam serangan di sebuah kolej di timur Finland.
Suspek, yang berusia 20-an itu menggunakan ‘pedang jenis untuk memburu’ , kata pegawai polis, Mikko Lyytinen.
Serangan tersebut berlaku pada waktu tengah hari dan setakat ini motif serangan di kolej yang terletak di pusat beli-belah itu masih tidak jelas.
Seorang jurucakap polis meletakkan mangsa mati dan 10 orang cedera, termasuk suspek.
Suspek mengalami cedera parah selepas ditembak.
Suspek sudah ditangkap dan kini dirawat di Hospital Universiti Kuopio.
Jurucakap hospital memberitahu, kebanyakan mangsa yang cedera berusia antara 15 tahun hingga 50 tahun dan lebih daripada separuh adalah wanita.
Dua daripada cedera parah.
“Kebanyakan mangsa yang cedera kerana mempertahan diri mereka,” katanya.
Setakat ini polis belum mendedahkan identiti penyerang tetapi memaklumkan dia adalah seorang lelaki dan merupakan rakyat Finland yang lahir pada tahun 1994.
Selain pedang, suspek juga membawa pistol tetapi masih tidak jelas sama ada dia menggunakannya atau tidak, kata polis.
Pada masa serangan itu, terdapat juga api kecil di pusat membeli-belah di tingkat dua yang dipercayai sengaja dinyalakan tetapi polis tidak mengatakan sama ada ia dilakukan oleh suspek.
Polis berkata, mereka turut menemui bom petrol yang tidak digunakan ketika melakukan serbuan di pangsapurinya pada waktu petang. – MalaysiaGazette