Home Ekonomi Ringgit dibuka tinggi

Ringgit dibuka tinggi

Pada jam 9.06 pagi, unit tempatan berada pada 4.1850/1900 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1930/1960 semalam.

Seorang peniaga berkata, sektor pembuatan AS menguncup ke paras terendahnya dalam tempoh lebih sedekad pada September apabila keadaan perniagaan semakin memburuk di tengah-tengah ketegangan perdagangan antara negara itu dan China.

“Ini membantu mengalihkan minat pelabur terhadap ringgit,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0217/0264 daripada paras penutup 3.0242/0272 semalam dan naik berbanding pound Britain kepada 5.1455/1524 daripada 5.1507/1560.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding yen kepada 3.8858/8912 daripada 3.8695/8733 dan turun berbanding euro kepada 4.5767/5839 daripada 4.5670/5715. – MalaysiaGazette