Home Ekonomi Pertumbuhan ekonomi separuh kedua diunjur lebih baik

Pertumbuhan ekonomi separuh kedua diunjur lebih baik

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka lebih tinggi pada separuh kedua tahun ini, dipacu oleh prestasi lebih baik dalam sektor komoditi dan kesan pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

MIDF Amanah Investment Bank Berhad Research (MIDF Research) berkata, indeks ekonomi utama negara naik 1.4 peratus bulan ke bulan pada Julai tahun ini selepas susut selama dua bulan

Begitu juga, berdasarkan tahun ke tahun, indeks meningkat sebanyak 0.4% dan prestasi ini adalah pemulihan positif
pemulihan, disumbangkan oleh kenaikan bilangan unit perumahan yang diluluskan, bilangan syarikat baru
berdaftar, penawaran wang benar dan import benar semikonduktor.

Prestasi terkini menunjukkan pertumbuhan lebih baik untuk separuh kedua, seiring dengan itu,” kata firma penyelidikan itu dalam nota penyelidikannya.

Kajian Kecenderungan Perniagaan juga menunjukkan prestasi yang lebih baik terutamanya pada bagi suku ketiga 2019.

Lantaran itu, MIDF Research mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.7% tahun ke tahun dan pertumbuhan KDNK sepenuhnya tahun 2019 pada 4.9% tahun.

“Bagaimanapun, kesan daripada pengurangan OPR, mengurangkan langkah monetari di peringkat global, tekanan inflasi yang rendah, perkembangan positif dalam aktiviti pembinaan dan permintaan domestik yang stabil akan memberi sokongan kepada prestasi pengeluaran perindustrian,” katanya.

Sementara itu, firma penyelidikan tersebut juga mengunjurkan inflasi kembali pada paras rendah di bawah satu peratus dalam tempoh beberapa bulan akan datang susulan kesan asas rendah daripada tempoh tanpa cukai pada tahun lepas akan berakhir.

Malah, ketetapan harga RON95 yang dijual pada RM2.08 seliter akan terus memberi tekanan kepada penurunan inflasi pengangkutan,” katanya. – MalaysiaGazette

+ posts