LONDON – Kempen Liga Juara Juara Eropah musim ini memberi luka parah dan ngeri kepada Tottenham Hotspurs apabila dibelasah teruk dengan jaringan 7-2 oleh lawannya Bayern Munich awal pagi tadi.
Dalam aksi kumpulan B di Stadium Tottenham Hotspurs, bekas pemain muda Arsenal Serge Gnabry muncul sebagai pemusnah skuad finalis temasya musim lalu itu dengan menyumbat empat gol sebelum berkongsi reaksinya ‘Utara London bertukar Merah’ dalam twitter peribadinya selepas perlawanan.
Anak buah Mauricio Pochettino memulakan aksi dengan penuh yakin berdepan Bayern sebelum memulakan gol pembukaan pada awal minit ke-12 menerusi Son Heung-min.
Bagaimapun kegembiraan itu dinafikan pasukan Jerman itu apabila Joshua Kimmich menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-15.
Sebelum wisel separuh masa pertama ditiup, skuad pelawat kendalian Niko Kovač berjaya merobek gawang Spurs dengan gol kedua pada minit ke-45.
Bermula babak kedua perlawanan Spuraz memulakan perlawanan dengan penuh keyakinan dengan untuk bangkit semula.
Bagaimanapun Bayern bermula ganas separuh masa kedua sebelum berjaya menghukum bek pertahanan skuad Pochettino dengan gol pada minit ke-53 menerusio Serge Gnabry.
Belum sempat bangkit dari kejutan gol ketiga pasukan pelawat, pertahanan Spurs sekali lagi bocor sebelum Gnabry kembali menghukum lawan dengan gol keempat serta kedua peribadinya dua minit kemudian.
Spurs yang ketinggalan 4-1 cuba membalas serangan dengan harapan cuba mengurangkan defisit gol dibolos kepada lawan.
Hasilnya Spurs dihadiahkan sepakan penalti sebelum penyerang pasukannya Harry Kane menambah gol kedua pada minit ke-61.
Bagaimanapun nasib Spurs bertambah tenat apabila sekali lagi menjadi mangsa amukan Gnabry menerusi gol kelima serta ketiga peribadi pemain itu pada minit ke-83.
Bayern terus mengambil kesempatan ke atas kelemahan Spurs dan berpesta gol apabila sekali lagi menambah gol keenam pada minit ke-87 menerusi Lewandowski.
Bayern seolah tidak cukup berpuas dengan enam gol itu, tanpa belas kasihan terus membelasah pasukan Inggeris itu dengan gol ketujuh yang juga kemenangan pada minit ke-88 menerusi Gnabry yang juga gol peribadi keempatnya dalam aksi tersebut.
Ia merupakan kali pertama dalam sejarah 137 tahun kelab Spurs membolos 7 gol di tempat sendiri.- MalaysiaGazette