PUTRAJAYA – Gelaran kafir harbi atau kafir zimmi kepada masyarakat bukan Islam khususnya di negara ini tidak wajar digunakan oleh mana-mana pihak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, tindakan mengelar dengan panggilan itu dikhuatiri akan menimbulkan implikasi negatif.
“Saya rasa kalau kita mula mengelar-gelar orang dengan istilah itu dia ada implikasinya
“Kalau kita kata orang itu kafir harbi, kalau sari segi operasinya, kalau orang itu harbi, maka halal darahnya.
“Adakah kita memberi lesen untuk membunuh?
“Kalau kafir zimmi, dia bayar jizyah, itu syarat dalam feqah, mana orang bayar jizyah, hari ini orang bayar cukai.
“Oleh kerana realiti itu, kita kena meletakkan diri kita dari sudut operasi. Falsafah, buku tentangnya tetap akan termaktub di dalam sejarah,” katanya kepada pemberita selepas berucap dalam sesi Town Hall Maqasid di Kementerian Pendidikan, di sini, hari ini.
Terdahulu, Mujahid dalam ucapannya berkata, bukan Islam di negara tidak boleh panggil dengan gelaran sama ada kafir zimmi atau kafir harbi.
Ini kerana katanya, dalam Maqasid Syariah, istilah tidak lagi digunakan pada masa ini kerana mereka dijamin Perlembagan melalui kewarganegaraan.
Menurut Mujahid, sekiranya istilah itu terus digunakan, seolah-olah bukan Islam cuba memerangi Islam secara terang-terangan.
“Tak boleh kata kafir ini zimmi atau harbi bila dia dapat kewarganegaraan Malaysia
“Dalam Maqasid tiada lagi istilah kafir zimmi dan kafir harbi. Bila masa kafir ini memerangi Islam di negara ini?” tegasnya.
Jelas Mujahid lagi, melalui sistem kewarganegaraan, perbezaan warganegaranya tidak berasaskan agama seperti sebelum ini.
“Mereka punya hak sebagai warganegara termaktub dalam Perlembagaan dan semua orang kena jaga dan pelihara kepentingan itu.
“Sebab inilah yang akan memastikan realiti hari ini terpelihara.
“Ada pun dari segi falsafah ini ia tetap wujud dan kalau ada pun tidak relevan pada negara kita
Saya sebut itu dalam usaha saya memahamkan orang ramai sesuatu pandangan itu diberikan mengikut realiti yang ada pada waktu itu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Usah pula nanti ada orang asal Islam tetapi tindak tanduk macam Harbi
Agen-agen dajjal berleluasa
Pada era kedatangan dajjal, d dahinya tertulis ‘kafir’ … Perkataan ini adalah amaran awal kpd muslimin.. berhati2 lah.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ”Dan di antara kedua matanya (Dajjal) termaktub tulisan “kafir” (HR. Bukhari, Kitabul Fitan, Bab Dzikrid Dajjal Jilid 13 hal 91).
Kemudian baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam mengejanya, “Kaf-Fa-Ra- yang dapat dibaca oleh setiap muslim,” (HR. Muslim Jilid 18: 59).
Walaupun ditulis ‘kafir’ pun d beritakan akan ramai terpedaya dan menuruti si dajjal ini. Semetelah perkataan itu di tukar kpd ‘bukan islam’ bertambah la manusia terjerat dgn bunga2 dan isim2 dajjal yg berleluasa.. Malangnya mukhtahir ini, org islam sendiri berlumba2 utk menukar istilah ‘kafir’ kpd ‘non-muslim’. Adakah mereka sudah terpedaya dgn ideologi2 kedajjalan ini?
Non Muslim atau bukan islam hanya layak digelar kepada manusia yg masih belum menerima seruan islam.. contohnya org2 Amazon, org2 asli yg terpisah drpd dunia luar… tidak dapat satu kabaran pun mengenai islam.. selayaknya mereka berstatus bukan islam.
Manakala….
Manusia yg pernah mendengar tentang islam, pernah diseru kepada beriman kepada Allah swt, mendapat berita, ada pengetahuan dan tahu adernya agama islam di dunia ini, diajak berfikir, diajak mengkaji tetapi mereka engkar…..
maka golongan ini lah sewajarnya digelar kapir.. kerana engkar setelah kebenaran Islam telah disampaikan… mereka tetap mendustakan Allah swt dan agama yg diredhaiNya.
Peperangan dengan kapir harbi era ini ialah peperangan saraf bukan persenjataan.
Mungkin akan sampai pada ketika surah Al Kapirun pun diharamkan dibaca. Nauzubillahiminzalik.
Dajjal belum lagi muncul, maka jauhilah diri anda semua menjadi agen2 dajjal.
WA.
He-Man
*#HukumpembunuhAdib*
Bila rambutan lil alamin berkata2 …