MANCHESTER – Bintang Manchester United, Henrikh Mkhitaryan dilihat meluangkan masa untuk menikmati makan tengah hari bersama rakan di bandar Manchester di sini, semalam.
Namun yang mencuri perhatian, pemain sayap bernilai £30 juta itu bermurah hati untuk memberi wang kertas yang kelihatan bernilai AS$5 kepada seorang gelandangan.
Ketika itu, pemain antarabangsa Armenia berhenti untuk mengambil gambar dengan seorang peminat sebelum memasuki keretanya selepas makan tengah hari di San Carlo.
San Carlo adalah salah sebuah restoran Itali terkemuka di United Kingdom.
Pemain berusia 27 tahun itu tidak diturunkan ketika United menang 2-0 ke atas Chelsea malam Ahad lalu. Dia direhatkan untuk memberi tumpuan apabila menentang kelab Belgium, Anderluct dalam peringkat suku akhir Piala Europa awal pagi Jumaat ini. – MalaysiaGazette