TERKINI : Perlembagaan Halang PH Penuhi Manifesto – Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terdapat undang-undang tidak baik yang diamalkan di negara ini.

Perdana Menteri berkata, lantaran itu Pakatan Harapan (PH) berhasrat menggubal undang-undang lebih baik menggantikan undang-undang tersebut apabila menjadi kerajaan.

Namun malangnya kata beliau, pengenalan undang-undang baharu memiliki hubung kait dengan Perlembagaan.

“Undang-undang baharu memerlukan majoriti dua pertiga untuk diluluskan. Memandang kami menang majoriti mudah, kami tidak mendapat majoriti untuk pengenalan undang-undang baharu.