KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi program Food Bank telah menyelamatkan sebanyak 1,701 metrik tan lebihan makanan dalam tempoh dua bulan sejak Ogos lalu.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, makanan itu yang melalui proses penyisihan lebih ketat diagihkan kepada kira-kira 300,011 masyarakat dan 4,910 pelajar di peringkat universiti awam.