Home Politik Semua sektor ekonomi merosot pun masih ada cukai baharu?

Semua sektor ekonomi merosot pun masih ada cukai baharu?

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan dipertikaikan kerana masih mahu memperkenalkan cukai-cukai baharu tatkala data-data dalam semua sektor ekonomi negara merosot dan semakin teruk dari bulan ke bulan.

Datuk Seri Najib Razak memetik data data nilai barangan import negara dari Jabatan Perangkaan untuk tiga bulan yang lepas.

Antaranya:

Barangan perantaraan dan bahan mentah adalah import yang digunakan untuk industri pembuatan yang menyumbang kepada eksport untuk bulan-bulan kehadapan.

Prestasi import barangan perantaraan:
Jun: Turun 2.5%
Julai: Turun 3.4%
Ogos: Jatuh 13.9%

Barangan modal pula mengambarkan pelaburan dalam negera yang juga menyumbang kepada kegiatan ekonomi serta eksport untuk masa depan.

Prestasi import barangan modal:
Jun: Jatuh 23.6%
Julai: Jatuh 13.9%
Ogos: Junam 31.0%

Import barangan penggunaan pula menunjuk kepada kesihatan ekonomi domestik. Jika ianya lemah, ia bermaksud rakyat sudah kurang berbelanja atau daya membeli sudah berkurang.

Prestasi import barangan penggunaan:
Jun: Turun 5.4%
Julai: Turun 5.0%
Ogos: Junam 31.0%

Prestasi import barangan penggunaan separa tahan lama:
Julai: Jatuh 18.9%
Ogos: Junam 30.7%

Prestasi import barangan penggunaan tahan lama:
Jun: Jatuh 13.8%
Julai: Jatuh 17.9%
Ogos: Junam 38.4%

Bekas Perdana Menteri itu menambah, lebih membimbangkan ialah import barangan separa tahan lama (pakaian, kasut) dan barangan tahan lama seperti (peti sejuk, perabot, kereta, TV, telefon bimbit) yang merupakan petunjuk penting keyakinan dan daya beli rakyat.

“Kalau tak ada wang atau tidak yakin dengan kedudukan kewangan peribadi, rakyat tak beli benda-benda ini,” katanya.

Soal Najib, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tahu atau tidak tentang situasi ini.

“Kerajaan Pakatan Harapan bimbang atau tidak dengan data-data tersebut,” tanya beliau. – MalaysiaGazette