Home Utama Sokongan rakyat merosot? Ramai nak bersalam, ambil gambar – Tun M

Sokongan rakyat merosot? Ramai nak bersalam, ambil gambar – Tun M

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama pemimpin kanan Pakatan Harapan pada sidang media selepas Temu Rapat Bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Warisan di The Saujana Hotel, Shah Alam. Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 06 OKTOBER 2019

SUBANG – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kajian yang diterbitkan oleh Merdeka Centre bahawa sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan merosot daripada 87 kepada 35 peratus sebagai tidak tepat.

Mempertikaikan kajian tersebut, perdana menteri yakin ia hanya pandangan sebilangan kecil rakyat sahaja.

“Saya nak tahu dari mana mereka membuat kajian ini. Tetapi yang saya tahu saya sendiri selalu banyak orang bersalam, ambil gambar.  Jadi banyak juga orang yang sokong. Mana-mana kita pergi orang nak ambil gambar, bersalam. Ini adalah bukti sokongan masih ada.

“Tapi kadang-kadang bila ada satu kajian yang bukan keseluruhannya tetapi dengan
bertanya sebilangan kecil pendapat mereka, seolah-olah itu pendapat semua pihak.

“Kita berpendapat bahawa ia tidak tepat. Setakat yang kita tahu sokongan kepada kerajaan masih kuat,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan dalam sidang media selepas mempengerusikan Temu Rapat Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Warisan di sini..

Bukan setakat sokongan rakyat masih utuh, Dr Mahathir juga berpendirian Pakatan Harapan yang terdiri daripada lima parti yang bergabung tidak akan goyah meskipun bebas mengkritik antara satu sama lain.

“Kerajaan ini walaupun lima buah parti yang bergabung tapi masih dapat kekal sebagai sebuah kerajaan yang boleh bincang perkara dan masalah-masalah, dapat buat keputusan yang diterima semua. Kita tidak khuatir kita akn berpecah sesama kita inilah Pakatan Harapan,” katanya lagi. -MalaysiaGazette