ENGLAND – Impian Leicester City melakukan kejutan dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah untuk mara ke separuh akhir berakhir.
Dalam aksi timbal balik suku akhir di King Power Stadium pagi tadi, The Foxes yang menerima kunjungan gergasi Sepanyol, Atletico Madrid ditundukkan 2-1 dengan agregat.
Atletico Madrid membuka jaringan pada minit ke-26 menerusi Saul Niguez.
Walaupun Jamie Vardy berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-61 pada babak kedua, ia tidak cukup untuk membantu The Foxes bangkit semula dan mara ke separuh akhir.
Walaupun Leicester menguasai perlawanan di atas padang sepanjang perlawanan tetapi mereka mensia-siakan beberapa peluang terbaik mencipta gol di gawang lawan.
Kekalahan itu sekali gus menamatkan kempen kejuaraan Eropah The Foxes.
Kemaraan Leicester sehingga ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dalam penampilan julung kali ini dianggap satu pencapaian luar biasa dalam dunia sukan bola sepak. – MalaysiaGazette