Home Dunia Derita Shama hidap penyakit kulit mengelupas

Derita Shama hidap penyakit kulit mengelupas

Shama

NEW DELHI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun merana mengidap penyakit kulit kering yang jarang-jarang berlaku.

Kanak-kanak malang itu, Shama mengidap lamellar ichthyosis atau dikatakan badan seperti kulit cicak yang hanya berlaku satu daripada setiap 600,000 orang.

Menurut doktor, penyakit itu menyebabkan Shama kulitnya tegang dan mengelupas, lapor Mail Online.

Setiap kali mengelupas kulit, pesakit merasa sakit apatah kepada Shama yang masih kanak-kanak.

Pesakit juga akan mengalami panas badan kerana keadaan kulitnya menghalang berlaku perpeluhan.

Lebih teruk, ia menyebabkan pendarahan ke jari tangan dan kaki.

Simptomnya juga melibatkan kesan kepada mata, kehilangan rambut dan kesukaran membengkokan sendi tangan.

Ia dikatakan berpunca daripada percampuran genetik abnormal, menurut laporan kesihatan.

Setakat ini tidak ada penawar kepada penyakit berkenaan selain krim sapu, kata Pakar Dermatologi British Skin Foundation, Dr. Anjali Mahto.- MalaysiaGazette