CHICAGO – Persatuan Juruterbang Southwest Airlines (SWAPA) memfailkan saman terhadap Boeing Co kerana mendakwa syarikat pembuat pesawat itu “sengaja mengelirukan” syarikat penerbangan dan juruterbang tentang pesawat 737 MAX.
Penggantungan operasi 737 MAX sejak bulan Mac lalu telah menjejaskan lebih daripada 30,000 penerbangan Southwest Airlines, menyebabkan juruterbang kehilangan gaji sebanyak AS$100 juta, menurut kesatuan itu.
Southwest adalah pengendali pesawat 737 Max terbesar dengan 34 pesawat.
Operasi 737 Max digantung susulan terlibat dalam dua nahas udara membabitkan Lion Air dan Ethiopian Airlines yang mengorbankan 346 orang penumpang.
Tuntutan yang difailkan di Mahkamah Daerah Dallas County, Texas, mendakwa Boeing telah “meminggirkan rekaan bentuk bunyi dan amalan kejuruteraan”, tidak memberi maklumat kritikal keselamatan daripada pengawal selia dan sengaja mengelirukan para pelanggan, juruterbang dan orang ramai mengenai skop perubahan reka bentuk sebenar 737 MAX. ”
Sementara itu, jurucakap Boeing, Chaz Bickers berkata: “Ketika kami menghargai hubungan panjang dengan SWAPA, kami percaya tuntutan ini tidak sesuai dan akan mempertahankannya”.
Tambahnya, Boeing akan terus bekerjasama dengan Southwest dan juruterbangnya untuk mengembalikan semula 737 Max di ruang udara. – MalaysiaGazette