Home Nasional Subsidi petrol bukan mudah sebagaimana yang disangka

Subsidi petrol bukan mudah sebagaimana yang disangka

Tan Sri Noh Omar
Noh Omar

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Noh Omar berkata pembangkang akan mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ mengenai pelaksanaan kadar subsidi sebanyak RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal.

Ahli Parlimen Tanjong Karang itu juga berkata, pelaksanaan subsidi yang direncanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak semudah yang dicerminkan oleh PH.

“Pelaksanaanya bukan mudah untuk dilihat. Kita tunggu dan lihat apabila satu dasar baru yang dibuat oleh kerajaan PH.

“Kita akan tengok bagaimana kesannya. Ini dasar yang baharu, sekarang buat pusingan U dan tukar nama sahaja,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Kerajaan menerusi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memansuhkan mekanisme subsidi petrol sedia ada dan secara berperingkat mengapungkan semula harga runcit petrol RON95 di Semenanjung Malaysia mulai 1 Januari 2020.

Subsidi RM30 untuk kereta dan RM12 bagi motosikal sebulan itu akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan. -MalaysiaGazette