KABUL – Pemimpin utama al-Qaeda terbunuh dalam operasi ketenteraan bersama Amerika Syarikat (AS) pada bulan lalu.
Agensi perisikan Afghanistan berkata, Asim Umar, Ketua al-Qaeda di sub benua India (AQIS) maut dalam operasi di kawasan Taliban di wilayah Helmand pada 23 September lalu.
Seramai 40 orang awam turut terbunuh dalam operasi yang sama.
Namun, Amerika Syarikat dan al-Qaeda belum mengesahkan kematian Umar.
Tetapi Taliban menafikan berita itu sambil menyifatkan ia adalah propagranda musuh.
Sebaliknya, jurucakap Taliban berkata, serbuan itu hanya mengakibatkan kematian besar orang awam.
Agensi perisikan Afghanistan menerusi Twitter berkata, satu serbuan tentera AS-Afghanistan di sebuah kompleks kubu kubu “Taliban Musa Qala”, yang mana Umar dan ahli AQIS lain “telah dibenamkan”.
Malah, katanya, enam ahli AQIS yang lain turut terbunuh yang kebanyakan dari Pakistan.
Abu Raihan yang didakwa merupakan pengantara Umar kepada pemimpin al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri juga antara yang terbunuh.
Agensi perisikan turut berkongsi dua gambar Umar semasa hidup dan mati. – MalaysiaGazette