KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak tindakan beberapa pihak yang mempertikaikan kenyataan beliau yang didakwa diputarbelitkan.
Anwar berkata kata-kata selepas sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada Isnin lalu hanya bertujuan untuk menaikkan semangat Melayu selepas Kongres Maruah Melayu yang berakhir Ahad lalu.
“Itu semua dipanggil politik bangang, jelas itu saya bergurau dengan Perdana Menteri dan Mohamad Sabu, demi menaikkan semangat maruah ini,” katanya di lobi Parlimen.
Apabila sesaorang itu menjadi perhatian umum segala perlakuan serta percakapannya akan senantiasa menjadi perhatian dan didengari oleh semua orang baik yang muda mahupun yang tua. Sama ada Politik Bangang mahupun Kongres Baruah.