TRIER, Jerman – Sebuah pesawat tentera milik Amerika Syarikat terhempas di Trier.
Juruterbang pesawat tersebut yang berjaya menyelamatkan diri mengalami kecederaan ringan dan kini menerima rawatan di hospital berhampiran, lapor DW.
Tentera Udara AS mengesahkan pesawat tersebut merupakan salah sebuah pesawat pejuang, F-16 miliknya dari pengkalan udara AS di Spangdahlem.
Pesawat tersebut terhempas di kawasan hutan di bandar Trier, barat daya Jerman, berhampiran sempadan Luxembourg.
Punca kemalangan masih tidak diketahui.
Sejumlah besar bahan bakar pesawat dikatakan tumpah di kawasan kemalangan dan usaha mencari serpihan pesawat giat dilakukan.
Terdapat sekurang-kurangnya 24 buah pesawat F-16 dan 4,000 anggota tentera AS berada di pengkalan udara Spangdahlem. – Agensi