Home Utama LTTE: Polis tahan 2 wakil rakyat DAP

LTTE: Polis tahan 2 wakil rakyat DAP

pjimage-640x237
ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaren dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek yang juga ahli Exco Negeri Melaka, G. Saminathan

KUALA LUMPUR – Polis hari ini menahan tiga lelaki termasuk dua wakil rakyat DAP bagi siasatan berkaitan kumpulan pengganas Sri Lanka.

Kedua-dua wakil rakyat itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek yang juga ahli Exco Negeri Melaka, G. Saminathan dan ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaren.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy mengesahkan penahanan mereka, menurut laporan FMT.

Kedua-dua wakil rakyat itu ditahan oleh pegawai Bukit Aman pagi ini bersama pemimpin NGO India dari Perak.

Saminathan dikatakan ditahan di pejabat Exco Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka.

Difahamkan, mereka sedang disiasat kerana hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) – kumpulan pemisah yang terlibat dalam perang saudara lebih tiga dekad di Sri Lanka.- MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts