TERKINI : Tangkapan “Dua Exco ADUN ‘ISU LTTE’ Tidak Ada Asas” – Charles Santiago

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago terkejut dengan penangkapan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi siasatan berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka.

Malah menurut Ahli Parlimen Klang itu, beliau turut mempersoalkan motif penangkapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek yang juga ahli Exco Negeri Melaka, G. Saminathan dan ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaren, hari ini.

Malah Charles turut berkata, penangkapan itu membazirkan duit rakyat dan masa pihak berkuasa.