NEW DELHI – Seorang wanita dituduh membunuh enam ahli keluarganya dengan sianida (cyanide) antara tahun 2002 dan 2014 di Kerala.
Polis mendakwa Jolly Shaju, 47, meracun suami pertama, bapa dan ibu mertua, bekas isteri suaminya sekarang dan dua yang lain dalam tempoh tersebut.
Mangsa paling muda adalah seorang bayi yang meninggal dunia pada tahun 2014.
Jolly direman sehingga 16 Oktober ini bersama dua lagi suspek yang didakwa membantunya melakukan pembunuhan itu.
Salah seorang daripadanya, Prajikumar, seorang tukang emas yang didakwa membekalkan bahan kimia berbahaya itu, namun menafikan semua dakwaan tersebut.
Sebaliknya, Prajikumar berkata, dia bertanggapan Jolly membeli bahan itu untuk membunuh tikus.
Kes ini dicetuskan selepas Roko Thomas – abang kepada suami pertama suspek, Rou Thomas yang meninggal dunia pada 2011 membuat laporan polis dua bulan lalu.
Ibu mertua Jolly, 2014, Annamma Thomas didakwa meninggal dunia selepas mengambil makanan yang disediakan suspek pada tahun 2002.
Enam tahun kemudian, Tom Thomas, bapa mertua suspek pula maut berpunca daripada sebab yang sama, diikuti dengan kematian Roy pada tahun 2011.
Bedah siasat yang dilakukan menemui ada kesan bahan kimia tersebut pada mayat-mayat tetapi tiada tindakan dilakukan.
Pada tahun 2014, abang kepada Annamma – Matthew mendesak supaya bedah siasat kedua dilakukan ke atas anak saudaranya yang mati pada tahun yang sama.
Kematian demi kematian yang berlaku dalam keluarga itu mencetuskan kebimbangan pada tahun 2016 selepas kematian isteri kepada sepupu Shaju (suami baharu).
Sebelum itu, anak perempuannya, Alfine meninggal dunia pada tahun 2014.
Suspek kemudian berkahwin dengan Shaju.
Polis mendakwa Jolly, yang mereka katakan mengaku kesemua enam pembunuhan, didorong oleh wang.
Renji kakak iparnya suspek berkata, dia telah mengawal kewangan keluarga selepas kematian ibunya.
Malah, ayah mereka menyifatkan Jolly sebagai menantu contoh.
“Saya pernah menganggap Jolly sebagai kakak saya. Saya pernah suka dia, dia biasa bersikap ramah dengan semua orang,” kata Renji.
Siasatan polis masih dijalankan. – MalaysiaGazette