KUALA LUMPUR – Anggaran subsidi RON95 dan diesel yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 12 Oktober 2019 sehingga 18 Oktober 2019 berjumlah RM112.64 juta.
Ini kerana, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak
RM2.37 seliter dan RM2.27 seliter masing-masing.
Harga RON95 dan diesel menunjukkan kenaikan dari minggu lepas pada paras RM2.30 seliter, manakala penurunan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.34 seliter.
Harga runcit petrol RON95 telah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan diesel RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat
Harga runcit petrol RON97 pula naik sebanyak 7 sen seliter kepada RM2.67 seliter dari tempoh berkenaan. – MalaysiaGazette