Pengguna di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) akan menikmati diskaun sebanyak 18 peratus secara purata.
Di bawah Belanjawan 2020, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan diskaun tersebut memberikan penjimatan sehingga RM1.13 bilion pada tahun 2020 dan RM43 bilion sepanjang baki tempoh konsesi sehingga 2038 kepada semua pengguna lebuh raya.