TOKYO – Ratusan ribu isi rumah di Jepun dinasihatkan untuk berpindah kerana kebimbangan banjir berlaku ekoran taufan diramal berlaku pada hari Sabtu.
Taufan itu dijangka membawa angin dan hujan lebat dalam tempoh 60 tahun.
Kerajaan-kerajaan perbandaran telah mengeluarkan nasihat perpindahan ke kawasan-kawasan berisiko, termasuk beberapa di Tokyo, bandar yang paling ramai penduduk, menurut penyiar NHK.
Typhoon Hagibis, yang bermaksud “kelajuan” dalam bahasa Filipina dijangka melanda Pulau Honshu pada hari Sabtu, sebulan selepas dilanda Taufan Faxai hingga merosakkan 30,000 rumah dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik.
NHK melaporkan empat orang cedera di Chiba, dekat timur Tokyo semasa Taufan Faxai melanda negara ini sebulan lalu, selain merosakkan bumbung kebanyakan kediaman.
Kedai, kilang dan sistem subway telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.
Malah, penganjuran Formula One Grand Prix turut membatalkan semua latihan dan sesi kelayakan.
Dua pertandingan Piala Dunia Rugbi yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu turut dibatalkan.
Ribut kuat dijangka berlaku sepanjang pantai Pasifik Honshu pada hari Sabtu dan Ahad bersama-sama dengan hujan lebat, meningkatkan risiko banjir dan tanah runtuh. – MalaysiaGazette