TERKINI : “Ahmad Maslan Nak Bayar Kompaun atau Tak” Kita Lihat Selepas 2 Minggu – SPRM

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengulas lanjut berhubung penafian Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan menerima dana daripada syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB).

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya menegaskan beliau menyerahkan perkara itu kepada pemimpin UMNO itu untuk membuat pembayaran kompaun yang diserahkan sebelum ini.

“Terpulang kepada dia (Ahmad nafi terima dana 1MDB).

“Dia nak bayar kompaun atau tidak kita akan melihat selepas 2 minggu untuk tindakan sewajarnya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.