PETALING JAYA – “SOSMA masih ada dan dalam undang-undang boleh digunapakai, kita akan guna,”.
Itu tegas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganggap tindakan polis menggunakan SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012) menyiasat kes kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang membabitkan dua wakil rakyat DAP sebagai terlalu keras.
Anwar yang juga Presiden PKR sebelum itu menganggap akta itu sebagai drakonian dan berkata ia perlu dipinda kerana kuasa yang diberikan kepada polis secara berlebihan.
Ahli Parlimen Port Dickson itu menjelaskan partinya juga membantah peruntukan yang ada dalam Sosma sebelum ini.