Home Seni Hidup Hairul Azreen padam teguran Sheikh Muszaphar

Hairul Azreen padam teguran Sheikh Muszaphar

KUALA LUMPUR – Gara-gara berkongsi video mendirikan anak perempuannya, Alisa yang baharu sahaja berusia empat bulan di telapak tangannya di Instagramnya, pelakon filem Paskal, Hairul Azreen bukan sahaja menarik perhatian dalam kalangan netizen.

Malah video yang berdurasi 20 saat itu juga menarik perhatian angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang menegur tindakan Hairul itu.

Ini kerana kata Angkasawan Negara itu, bayi tersebut belum cukup kuat untuk berdiri sendiri.

Sheikh Muszaphar di ruangan komen telah menasihati pelakon tersebut agar tidak melakukan hal sedemikian kerana tulang bayi masih belum kuat menampung fizikalnya.

Namun komen daripada doktor ortopedik itu dilihat sudah tiada di ruangan komen, dipercayai sudah dipadam oleh Hairul.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pelakon tersebut jelas menunjukkan kaki anaknya seakan bengkok kerana tidak mampu menampung berat badannya setelah dipaksa berdiri di atas tangan Hairul.

Perkongsian video tersebut oleh Hairul telah tular di media sosial dan kini telah meraih hampir 600,000 tontonan. – MalaysiaGazette