TERKINI : Latheefa Koya Ada Agenda Kotor “UMNO-BN Selngor Akan Lawan” – Mat Nadzari

SHAH ALAM – Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Selangor sedia mencabar tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mahkamah susulan notis kompaun berhubung dana yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusinya, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan menegaskan, langkah yang diambil Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya itu didakwa bercanggah dengan undang-undang.

“Kita akan lawan, kita tak mahu menerima kompaun mereka, kita takkan terima, kita akan bawa kes ini ke mahkamah.