Home Sukan EPL: Man United jana pendapatan RM20 bilion

EPL: Man United jana pendapatan RM20 bilion

LONDON – Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) mencatat rekod penpatan baharu seebanyak 3.6 bilion pound (RM20.2 bilion) bagi musim 2015/2016.

Rekod pendapatan itu meningkat sembilan peratus lebih tinggi berbanding musim sebelumnya 3.4 bilion pound (RM19.1 bilion) yang dicatatkan pada kempen 2014/2015

Namun menurut pakar kewangan sukan Deloitte, pasukan liga utama masih mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak 110 juta pound (RM618.7 juta).

Peningkatan kos gaji yang meningkat 12 peratus kepada 2.3 bilion pound (RM12.9 bilion) menjadi faktor utama terhadap kerugian yang dialami 20 kelab elit England.

Ia adalah kali pertama pasukan Liga Perdana mencatatkan kerugian sebelum cukai sejak musim 2012/2013.

Dalam pada itu, Manchester United dan Manchester City masing-masing menjadi penyumbang terbesar terhadap peningkatan itu.

Pendapatan United meningkat kepada 515 juta pound (RM2.8 bilion) sekali gus berada di kedudukan teratas dalam senarai Deloitte Football Money League buat kali pertama sejak 2003/2004 sebagai kelab yang menjana pendapatan tertinggi di dunia.

Rakan kongsi dan Ketua Kumpulan Perniagaan Sukan di Deloitte, Dan Jones berkata, musim 2015/2016 menyaksikan kelab Liga Perdana meningkatkan pendapatan hampir 10 peratus kepada 3.6 bilion pound (RM20.2 bilion) dengan dua kelab Manchester bertanggungjawab menyumbang lebih 50 peratus daripada peningkatan ini. – MalaysiaGazette