Home Nasional Petisyen desak tarik ijazah Yan Ke cecah 77,662 penandatangan

Petisyen desak tarik ijazah Yan Ke cecah 77,662 penandatangan

Wong Yan Ke

KUALA LUMPUR- Petisyen khas menuntut Universiti Malaya (PMUM) menarik balik ijazah milik Wong Yan Ke anjuran Penggerak Mahasiswa UM semakin meningkat.

Setakat pukul 11 malam ini, petisyen itu sudah ditandatangani seramai 77, 622 orang.

PMUM menyasarkan sekurang-kurangnya 150,000 tandatangan sebelum mendesak tindakan dibuat kepada mahasiswa yang mencemari majlis konvokesyen baru-baru ini.

Penggerak Mahasiswa UM menuntut pihak universiti menarik balik sijil ijazah sarjana muda milik Yan Ke.

Selain itu, pihaknya juga menuntut pelajar itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

Pada sidang kelima majlis Konvokesyen UM baru-baru ini Yan Ke melaungkan; “Ini tanah Malaysia’ sambil mengangkat plakad bertulis ‘ Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ sebaik sahaja selepas menerima skrol ijazahnya.

Yan Ke juga merupakan individu yang menimbulkan kekecohan semasa kedatangan mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Restoran Amjal pada tahun lepas.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

PMUM desak pentadbiran UM tarik balik ijazah Yan Ke