STOCKHOLM – David de Gea dilaporkan mengalami kecederaan otot ketika Sepanyol terikat seri 1-1 menentang Sweden dalam aksi kelayakan Piala Euro 2020 pada malam Selasa.
Penjaga Gol nombor Satu Manchester United itu mula berdepan masalah ketika mengambil sepakan di separuh masa kedua.
Selepas menendang bola, De Gea terus memberi isyarat kepada pasukan perubatan di luar padang.
Dia kemudian digantikan dengan penjaga gol Chelsea Kepa Arrizabalaga.
Kecederaan ini meletakkan bintang itu dalam keraguan untuk berdepan musuh tradisi Red Devils iaitu Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford 20 Oktober ini.
Pemain itu berkemungkinan akan terlepas aksi penting itu, sekali gus membuka ruang kepada Sergio Romero pada pertembungan gergasi dua pasukan musuh tradisi itu.
De Gea kecewa dengan prestasi semasa pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer sepanjang musim ini yang hanya kekal dengan 10 mata di tempat 12 carta EPL selepas 8 perlawanan setakat ini.
“Kita dilanda masalah kecederaan tetapi itu bukan alasan, kita perlu berlatih bersungguh-sungguh dan meneruskan perjuangan dan mengembalikan rentak kemenangan pada aksi menentang Liverpool.
Difahamkan. Ole bersedia untuk menurunkan pemain antarabangsa Argentina itu dan ia memberi nafas lega kepada barisan skuad.
Stamina dan tahap kecergasan Romero yang masih berbisa akan menjadi kekuatan penting Red Devils untuk mengekalkan rekod kemenangan di gelanggang sendiri dan menyekat kemenangan 100 peratus Liverpool yang sedang mengungguli carta.- MalaysiaGazette