Kerajaan tidak bersedia untuk membangunkan sebarang projek mengenai kereta terbang pada masa ini.
Sebaliknya, langkah yang difokuskan pada masa ini adalah dengan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan rangkaian sistem rel yang sememangnya telah sedia ada, kata Perdana Menteri, Tun dr Mahathir Mohamad.
Katanya, kereta terbang mungkin akan wujud satu hari nanti tetapi ia bukanlah pada masa sekarang.
“Kereta terbang mungkin akan ada satu hari nanti, tapi bukan hari ini. Mungkin satu hari nanti kamu boleh terbang dengan dron. Dron lebih selamat,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 di KL Sentral di sini hari ini.