KUALA LUMPUR – Tindakan kasar seorang lelaki yang mendakwa dirinya penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaki dan menampar seorang warga asing mengundang pelbagai komen netizen termasuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Kejadian tersebut tular menerusi video berdurasi 58 saat yang antara lain memaparkan lelaki berbaju merah itu menggunakan kata-kata kesat memaki seorang warga asing dipercayai yang berniaga di kawasan berkenaan.
Tidak berpuas hati dengan jawapan warga asing itu, lelaki berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat sambil menolak mangsa dan kemudian menampar warga asing itu.
Ketika warga asing itu mengumpul kotak-kotak yang berteraburan (dipercayai barang yang diniagakan), lelaki itu meludah dan terus memaki hamun.
Beliau juga dlihat menghubungi seseorang menerusi telefon bimbitnya.
Syed Saddiq dalam ciapan di laman Twitter berkata: “Walaupun salah, kita tidak dididik untuk melempang, menendang dan meludah pesalah. Malaysia dikenali dengan budi bahasanya.”
Beliau turut meminta Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad, DBKL dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan.
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut marah melihat kebiadapan lelaki itu malah ada yang menangis melihat warga asing itu diperlaku sedemikian rupa.
“sejujurnya memang aku nangis tgk video ni. sampainya hati dia buat orang tu mcm tu. hina sangat ke dia? dia orang susah, perlu ke dpt layanan sebegitu rupa. kenapa orng kaya orang ternama dapat layanan baik sedangkan org mcm ni dpt layanan hina sehinahinanya. ya allah bongkak nya” – tulis seorang netizen.
Seorang netizen mendedahkan cerita sebenar di sebalik kejadian.
Menurut beliau, lelaki yang mendakwa penguatkuasa DBKL itu sering mengganggu para peniaga dan tidak pernah menunjukkan kad penguatkuasa.
Beliau yang menyaksikan kejadian itu berkata, lelaki berkenaan membuat tiga panggilan menerusi Whatsapp sambil bercakap: “Bang bawak lori.” – MalaysiaGazette
Orang yang melempang dan meludah tu lkut cara DAP,mentang2 ada KUASA boleh buat SESUKA HATI.Tak tunjuk IDENTITI sebagai PenguatKuasa SEMBROMO Saja.