LONDON – Pound jatuh berbanding dolar ketika pasaran mata wang komersial itu dibuka buat pertama kalinya sejak Ahli Parlimen menyokong langkah untuk menangguhkan kelulusan perjanjian Brexit.
Kebanyakan bank besar di London telah menambah kakitangan susulan jangkaan perdagangan yang tidak menentu selepas Sabtu pertama Dewan Rakyat selama 37 tahun.
Pound dibuka untuk minggu ini, turun 0.6% berbanding dolar kepada AS$ 1.29 ketika dagangan bermula di Australia.
Berbanding euro, pound jatuh 0.2%.
Pada hari Jumaat, pound telah didagangkan hampir kepada paras tertinggi selama lima bulan berbanding dolar dan euro.
“Terdapat penjualan awal, tetapi ia jauh lebih cetek daripada pasaran yang telah dijangkakan,” kata Russell Lascala, ketua global FX di Deutsche Bank.
Deutsche Bank, seperti banyak bank lain, telah mewujudkan kakitangan tambahan untuk datang pada hari Ahad menjangkakan reaksi yang kuat terhadap undi hari Sabtu. – MalaysiaGazette